Catatan

Penderaan Kanak-kanak versi 1

Imej
Penderaan kanak-kanak memang tidak asing lagi. Seringkali yang melakukannya adalah ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Tatkala pasangan yang tidak di anugerahkan cahayamata merintih inginkan cahayamata namun ada segelintir pasangan yang di anugerahkan cahayamata tidak menghargainya. Anak-anak yang patut disayangi, didera sehingga kehilangan nyawa. Dimanakah hati nurani mereka sebagai ibubapa yang seharusnya menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak kenapa manusia yang diberi akal fikiran yang sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apa yang pastinya setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya  1.  Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017 ...

Maksud Perayaan Hantu Lapar

Imej
Perayaan Hantu Lapar atau Perayaan Yu Lan (Mandarin) dan Phor Thor (Hokkien) telah disambut setiap tahun selama 135 tahun. Perayaan Hantu Lapar mengikut kalendar cina, bermula 19 ogos sehingga 2 September setiap tahun. Pada bulan tersebut, pintu neraka akan dibuka dan hantu lapar akan berkeliaran di dunia manusia. Manusia akan dicederakan jika menyinggung perasaan hantu. Oleh itu, masyarakat Cina akan memberi 'persembahan' kepada roh-roh yang telah meninggal di tepi jalan sebagai tanda hormat kepada hantu. Selain colok, wang kertas olok-olok dan  makanan, persembahan Opera Cina juda turut diadakan.   Sepanjang Perayaan Hantu Lapar diadakan terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi untuk mengelakkan menyinggung perasaan hantu kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, hantu akan cuba membawa seseorang untuk pergi ke neraka bersama-sama pada hari tersebut. Tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam kerana ia akan menarik perhatian hantu lapar kepada ...

Punca Ketegangan Israel-Palestine

Imej
Israel-Palestin   Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa hari terakhir Ramadan akibat konflik yang meningkat di Baitulmaqdis Timur antara penunjuk perasaan Palestine dan pasukan polis Israel. Secara umumnya ketegangan antara Israel dan Palestin telah bermula sejak sekian lama dan seolah-olah tiada penghujungnya.  Terdapat beberapa fakta -fakta sejarah yang harus kita kaji dan membuka minda untuk lebih terbuka dalam membuat sebarang penilaian. BAITULMAQDIS TIMUR kota rebutan Baitulmaqdis@Baitulmuqaddis@Aelia Capitolina@Yerusalem ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Memainkan peranan penting bagi Agama Kristian, Agama Yahudi dan Agama Islam. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Agama Yahudi dan merupakan tempat ketiga paling suci dalam agama Islam. Merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah ketika Muhammad masih hidup. Sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya dikelilingi dengan tembok yang dibina ...

Peluang mendapatkan anak melalui rawatan IVF

Imej
Persenyawaan Tabung Uji @ In Vitro Fertilizer (IVF)   merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim. Telur yang telah disenyawakan kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan maklamat kehamilan. IVF merupakan rawatan teknologi yang digunakan untuk merawat kemandulan apabila kaedah semulajadi tidak berkesan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Ada juga pasangan yang melakukan rawatan IVF untuk mendapat anak kembar atau juga supaya mereka dapat memilih jantina bayi yang ingin dilahirkan. Walaupun bagaimanapun tidak semua rawatan IVF akan berjaya kerana ianya bergantung kepada beberapa sebab antaranya ialah tahap kesihatan, usia dan guna pemilihan tempat untuk mendapatkan rawatan. Bayi tabung uji pertama, Louise Brown telah dilahirkan pada tahun 1978. rawatan IVF Rawatan IVF telah membantu banyak pasangan diseluruh dunia yang mengalami masalah untuk mendapatkan anak. Walaupun kosnya mahal tapi terdapat pasangan yang sanggup mengeluarkan wang men...

Permohonan Mykad kanak- kanak 12 tahun secara dalam talian

Imej
KadPengenalan Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berumur 12 tahun boleh dilakukan secara dalam talian .  Mengikut Peraturan 3. Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan berdaftar Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Syarat Permohonan Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur Ibu atau Bapa; atau Penjaga (Penjaga adalah datuk / nenek / ibu saudara / bapa saudara / kakak / abang yang berusia melebihi 21 tahun) Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap. (Tidak perlu jika sudah mengisi borang permohonan secara dalam talian). Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukan surat akuan berkanun dan surat peng...

Vaksin Covid-19 percuma untuk penduduk Sarawak

Imej
Vaksin Percuma untuk penduduk Sarawak Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma bagi penduduk Sarawak boleh dibuat menerusi applikasi My Sejahtera di telepon bimbit masing-masing. Sarawak melaksanakan sistem vaksinasi mengikut acuan sendiri bagi mengelak rakyat Sarawak terutamanya di pendalaman terlepas daripada menerima suntikan vaksin. Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi hospital, klinik dan pejabat daerah terdekat berhubung pendaftaran vaksin COVID-19. Bagi penduduk luar bandar yang inginkan penjelasan lanjut, mereka boleh berjumpa dengan ketua masyarakat di tempat masing-masing. Program vaksinasi sangat penting dalam usaha melindungi diri serta menghentikan atau mengendalikan penyebaran jangkitan. Ini secara lansung dapat melindungi keluarga dan masyarakat terutama golongan berisiko yang tidak layak menerima suntikan vaksin. Seterusnya membolehkan kita memulakan aktiviti ekonomi untuk menja...

Kenyalang Gold Card Khas untuk warga emas Sarawak

Imej
Sample Kenyalang Gold Card Kenyalang Gold Card (KGC)  merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan, Pihak swasta dan Pusat Komersial yang menjadi rakan strategik KGC. Memaklumkam kepada semua bahawa Kerajaan Sarawak adalah sebuah Kerajaan yang penyayang dan prihatin disamping mewujudkan masyarakat penyayang dan menyumbangkan balik kepada masyarakat. Inisiatif ditawarkan untuk warga emas yang berumur 60 tahun   dan keatas  (takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna ) .  Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan "Kenyalang Gold Gold" setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permoho...