Catatan

Bersinar dalam gelap glow in the dark

Imej
Pasti anda berasa hairan bila dikatakan bersinar dalam gelap@glow in the dark. Glow in the dark pelbagai guna Glow in the dark Bersinar dalam gelap 'glow in the dark' merupakan sejenis fluorescent / phosphorescent luminos yang direka khas untuk menyerap cahaya di tempat terang dan akan mengeluarkan cahaya di tempat yang gelap. Semakin lama phosphorescent luminos terdedah kepada cahaya yang kuat semakin lama dan terang cahaya yang akan dihasilkan di tempat yang gelap.  Sumber cahaya yang diserap oleh phosphorescent luminos datang dari sumber semula jadi seperti cahaya matahari selain itu ianya juga menyerap cahaya dari apa sahaja yang mengeluarkan cahaya seperti lampu LED, lampu UV dan banyak lagi. Terdapat juga lampu fluorescent yang digunakan khas untuk mengecas phosphorescent luminos.  Jika phosphorescent luminos ini tidak mengeluarkan cahaya kemungkinan phosphorescent luminos ini letih atau tidak menyerap cahaya yang mencukupi. Phosphorescent luminos boleh didapati dalam be...

jenis baja untuk tanaman

Imej
Baja yang digunakan untuk menyuburkan tanah, melebatkan buah-buahan, mencantikkan bunga-bungaan, dan menyuburkan sayur-sayuran. Ini adalah antara baja terbaik yang ada dalam pasaran dan antara baja yang menjadi kegemaran ramai pekebun komersial, kenalpasti cara penggunaan dan sukatan yang betul sebelum menggunakannya.  Baja ini buka sahaja digunakan untuk tanaman yang berskala besar malah juga untuk tanaman skala kecil seperti tanaman kawasan rumah atau juga tanaman hidroponik. 1. Baja Buah Ecogardenasia  sesuai digunakan untuk tanaman cili, terung, limau, nangka madu, pelam, dan banyak lagi. Baja ini buka sahaja melebatkan buah malah mempercepatkan penghasilan buah dan juga mengembalikan pokok buah yang sudah tidak menghasilkan buah. Baja ini digunakan dalam kuantiti yang sikit sahaja dan sangat menjimatkan. 3. Baja Novatec Premium  Hanya perlu taburkan seminggu sekali untuk hasil yang terbaik atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Taburkan baja keliling pokok jauh se...

koleksi mistik penarik rezeki

Imej
Tidak dinafikan setiap koleksi barangan mistik dipercayai mempunyai beberapa kelebihan dan keindahan yang tersendiri tetapi semuanya dengan keizinan Tuhan. Kebanyakkan barangan mistik ini berasal dari sumber alam seperti batu, kayu, besi dan sebagainya. Tetapi kita sebagai manusia harus juga ada ikhtiar. Jika niat kita baik akan mendatangkan kebaikan akan tetapi jika niat kita jahat maka jauhilah kerana semuanaya tiada faedah. Buluh Dayang Bunting Buluh Dayang Bunting Penarik wang empat penjuru alam bagi melariskan perniagaan, ibu duit buat pemancing untuk mendapatkan hasil ikan yang banyak . Sifat buluh tersebut sentiasa bunting tapi tak beranak-anak (setiasa berisi tak luak-luak).  Kulit Kerbau Landoh Kulit kerbau landoh Dipercayai sangat susah dicari terutama bagi orang biasa. Kebanyakkan yang dijual sekarang adalah palsu kerana sangat susahkan untuk membezakan kulit kerbau landoh dengan kulit kerbau biasa. Kulit kerbau Landoh hanya bisa didapati dari orang tua yang telah diwari...

Pokok buluh rebung madu pelbagai kegunaan

Imej
Pokok buluh rebung madu merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Pokok buluh boleh dijadikan perhiasan, buluh dijadikan perabot manakala pucuk muda buluh boleh dimakan.  Pucuk muda buluh dipanggil rebung. Terdapat pelbagai jenis pokok buluh dan antara pokok buluh rebung yang menjadi pilihan ramai ialah pokok buluh rebung madu . Buluh rebung madu atau juga dikenali sebagai Gigantochloa albociliata merupakan tanaman yang semakin dikenali ramai dan penanamannya juga semakin berkembang. Pokok Buluh madu dipercaya berasal dari China sebagai tanaman hiasan. Mula ditanam secara komersial di Perlis dan kini terdapat di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang. Pokok buluh rebung madu merupakan tanaman yang senang ditanam dan mudah diselenggarakan untuk mendapatkan hasil yang berterusan dan lumayan.  Pokok buluh rebung madu tidak miang seperti kebiasaan yang terdapat pada pokok buluh lain. Rebung madu mempunyai rasa lebih lemak dan manis berbanding denga...

cili terpedas didunia cili hantu

Imej
Ghost Devil Pepper Chili dalam bahasa melayu "Cili Hantu", nama penuhnya Ghost Pepper Carolina Reaper Trinidad Moruga Scorpion Chili mempunyai banyak nama seperti Bhut Jolokia atau juga dikenali dengan nama Hanabero Chili merupakan cili terpedas di dunia dan sampai sekarang belum ada cili yang dapat menandingi kepedasan cili hantu. Memandangkan "bhut" bermaksud "ghost" dalam bahasa Assam, cili ini dipanggil "ghost pepper" di negara barat.  Cili hantu merupakan cili hibrid interspesifik yang banyak ditanam di negeri-negeri Timur laut India, Arunanchal, Assam, Nagaland, Manipur dan juga Bangladesh. Cili hantu merupakan kacukan Capsicum Chinese dan Capsicum Frutescens dan berkait rapat dengan Naga Morich Bangladesh.  Pada tahun 2007 cili hantu memegang rekod World Guinness Records Hottest Pepper in the world dengan tahap kepedasannya ialah 1.5 juta scoville persamaan 2,200,000 SHU (Scoffield Heat Unit), 400 kali ganda pedas dari jalapeno.  Orang ...

Durian musang king atau raja kunyit

Imej
Durian dikenali sebagai raja buah di Malaysia kerana bukan sahaja saiznya yang besar malah kulitnya juga tajam berduri. Setiap jenis durian mempunyai saiz pokok yang berbeza selain rasa yang pelbagai dan tempoh berbuah yang berlainan. Terdapat pelbagai jenis buah durian di Malaysia dan beberapa jenis durian yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti: Durian Musang King@Raja Kunyit Durian Musang King atau Raja Kunyit berasal dari Tanah Merah Kelantan. Ia telah didaftar oleh Wee Chong Beng dari tanah Merah Kelantan pada 9.12.1993. Pokok asal dipercayai berasal dari Muar, Johor sebelum ianya ditanam di Gua Musang, Kelantan dan kini ditanam secara meluas di Daerah Raub Pahang.  Pokok Durian Musang King rendang dan berbuah rendah, tahan lasak dan tidak mudah kena serangan penyakit. Penjagaannya juga mudah.  Buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat sementara kulit berwarna hijau perang. Isinya berwarna kuning, tebal, berlemak, manis dan sedikit pahit serta mempunyai...

Air Terjun Benguh seindah lukisan

Imej
Photo by: Victor Pungir Air Terjun Benguh seindah lukisan? Jika anda yang belum pernah pergi ke sana pasti anda menganggap itu hanya cerita rekaan semata-mata. Namun bagi yang pernah pergi ke Air Terjun Benguh pasti jadi buah mulut mereka yang menyangjungi ciptaan Tuhan yang sungguh indah dan mempersonakan. Pemandangan yang damai jauh dari kesesakan bandar memberi seribu ketenangan dan memori yang sukar dilupakan. Sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikan. Jika anda tidak percaya mengapa anda tidak merancang percutian anda ke Air Terjun Benguh untuk melihat dan merasai sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat disana.  Namun sebelum anda membuat perancangan percutian kesana beberapa perkara anda harus ketahui tentang Air Terjun Benguh. Air Terjun Benguh terletak di Daerah Pedawan, Kuching Sarawak merupakan pusat tarikan para pengunjung dari dalam dan luar Sarawak terutama yang gemar melakukan aktivi lasak yang menguji ketahanan fizikal dan juga mental. Anda ...