Catatan

rabun silau dan cara menjaga mata

Imej
Pasti anda tertanya apakah rabun silau? Rabun silau berlaku apabila anda sukar untuk melihat objek yang mengeluarkan cahaya terang disekeliling anda tanpa mengira siang atau malam. Lingkaran cahaya yang terang di sekitar sumber cahaya sering disebut sebagai "halo".  Rabun silau adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkung kanta mata yang tidak sekata terjadi semasa lahir, kecederaan atau pembedahan bahagian mata. Rabun silau boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Rabun silau juga datang bersama dengan rabun jauh dan rabun dekat. Tahap rabun silau seseorang adalah berlainan disebabkan beberapa faktor seperti Katarak, Distrofi Fuchs, Glaukoma, dan Mata kering. Cara untuk mencegah rabun silau ialah dengan melindungi mata anda dari sinaran ultraviolet (UV). Jauhkan diri dari sinar matahari, memakai topi, atau pakai cermin mata hitam berserta pelindung UV.  Intelligent Polarized Photochromic Sunglasses Day ...

Perkahwinan tragis versi 2

Imej
Perkahwinan tragis merupakan koleksi kisah benar yang berlaku di alam berumahtangga. Perkahwinan yang berakhir dengan tragedi yang mengerikan sehingga nyawa menjadi taruhan. Lebih baik undur diri daripada hidup terseksa. Walauapapun alasan kita, elakkan dari pukul dan cederakan pasangan . Seringkali menjadi persoalan ialah 'Atas nama cinta orang saling sayang, rindu, berbagi, dan rela berkorban namun kenapa atas nama cinta juga Orang saling mencaci, saling benci, bermusuhan, dan saling menyakiti'. Jika memang tidak ada jodoh 'bertemu dengan cara baik dan berpisah dengan cara baik juga'.   1. Johor Bahru, seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suami mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan lebam di muka selain cedera di bahagian anggota badan lain.  Kejadian yang menimpa wanita itu turut dimuat naik adik mangsa yang mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suami sendiri. Otak mangsa mengalami pendarahan dan terpaksa menj...

Kasih ibu sampai ke mati versi 1

Imej
'Wang boleh dicari, Ilmu boleh digali, Cinta boleh diganti, Tapi kesempatan untuk mengasihi orang tua takkan berulang kembali' . Tidak semua anak-anak dianugerahkan rezeki untuk merasa kasih sayang seorang insan bernama ibu yang melahirkan mereka, kerana tatkala seorang ibu berjuang melahirkan anak, maknanya seorang ibu mempertaruhkan nyawanya sendiri sehingga ada ibu yang tewas disaat melahirkan anak mereka. Kematian ibu boleh disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan. Jadi, jika kalian diberi anugerah merasa kasih sayang dan belaian seorang ibu hargailah mereka selagi masih hidup.  1.  Allahyarham Noor Syahira Azizi 21 tahun meninggal dunia pada 16 ogos 2020 selepas 10 hari melahirkan bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Menurut pihak pengurusan jenazah Mr. Wan Cai Official, arwah dalam keadaan normal selepas bersalin namun kesihatannya tiba-tiba merosot sebelum diserang sawan serta hilang ingatan sehingga koma. Doktor mendapati otak ibu muda ini sud...

Merungkai misteri setiap persoalan 1 'Batu terbang@batu gantung'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 1 'Batu terbang@Batu gantung'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Batu Terbang@Batu Gantung Batu terbang dikenali sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit pernah menjadi 'kontroversi'. Mengikut cerita Sang Batu ingin mengikut Nabi Muhammad terbang ke langit tetapi dilarang oleh Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan Sang Batu berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang. Dipercayai, Sang Batu akan tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di satu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.  Menjadi persoalannya ialah benarkah Batu Terbang boleh melayang? Ternyata Batu Terbang i...

Merungkai misteri setiap persoalan 2

Imej
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sehingga ianya menimbulkan persoalan  yang memerlukan jawapan. Disini saya akan merungkai beberapa misteri setiap  persoalan 2. Semoga yang baik menjadi teladan dan yang buruk menjadi sempadan. Jangan terlalu mudah terpedaya. Semoga anda terus bersama saya merungkai misteri setiap persoalan dalam beberapa siri-siri berikutnya. 1. Humanoid Fish@Ikan Siluman Tv Vietnam melaporkan bahawa seekor ikan humanoid ditangkap di Laut Cina Selatan. Dimana tangan, badan dan perut sama menyerupai manusia. Nobita Arahman Nurngal dan Mugijaya Kedungdowo telah memaparkan video tersebut kepada orang ramai. Bahkan, salah satu di antara mereka menyebutnya sebagai ikan siluman kerana memiliki tangan seperti manusia.  Benarkah ikan siluman ini wujud? Fakta sebenarnya terjawab bahawa sebenarnya ikan ini bukanlah ikan siluman. Ikan tersebut adalah hasil karya seniman asal Myanmar, menggunakan kayu dan fiber. Meletakkan mesin(motor) di bahagian dalam...

Sumpahan games online

Imej
Permainan dalam talian@games online memang tidak asing lagi. Pelbagai mainan yang menarik disajikan untuk kaki gamers. Dari yang percuma ke yang memerlukan pembayaran. Bermain dalam talian dalam tempoh yang lama bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah boleh menjadi sumpahan yang mengerikan kepada para peminatnya sehingga terdapat beberapa kes-kes pembunuhan dan kematian disebabkan oleh permainan dalam talian.  Jika hendak bermain permainan dalam talian berpada-padalah jangan sehingga merosak kesihatan malah juga mental terutamanya kaki gamers. Memang tidak dinafikan ketagihan bermain games dalam talian sangat meruncingkan terutama ibu bapa ditambah lagi, banyak kejadian mengerikan yang tidak diingini berlaku. 'Cegah sebelum terlambat'. 1.  Di Belagavi, Karnataka, India akibat ketagihan bermain PUBG seorang pemuda bernama Raghuveer Kumbar berumur 25 tahun mahasisiwa politeknik sanggup membunuh ayahnya, Shakar Devappa Kumbhar 61 tahun seorang pesara polis kerana diminta berhent...

Ajinomoto untuk kesihatan

Imej
Ajinomoto@ Monosodium Glutamat (MSG)@Micin tidak nafikan menjadikan salah satu penguat rasa makanan yang menambahkan lagi kelazatan dalam masakan dan makanan terutama dalam makan ringan. Namun seringkali menjadi persoalannya ialah adakah pengambilan ajinomoto boleh menjejaskan kesihatan atau tidak? Ajinomoto merupakan salah satu daripada perasa kelima yang dikenali sebagai 'umami' selain empat perasa yang sudah biasa kita kenali iaitu masam, manis, masin dan pahit. Perasa ajinomoto sangat unik kerana ianya adalah gabungan empat perasa dalam satu masa. Kini terdapat terdapat pelbagai jenis ajinomoto yang terdapat dalam pasaran namun tujuannya tetap sama iaitu sebagai penguat rasa makanan.   Ajinomoto ditemui pada tahun 1908 oleh seorang Professor Kikunae Ikeda dari Jepun. Beliau menemuinya dari ekstrak rumpai laut. Beliau mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam ajinomoto yang dipanggil glutamat dan rasa ini berlainan dengan rasa garam . Glutamat adalah sejenis asam amin...