Catatan

Wajarkah membiarkan lampu minyak kereta berkelip

Imej
Memandu dengan lampu minyak berkelip atau bernyala, bererti bahawa anda memandu dengan tangki minyak yang minima. Tidak perlu panik kerana apabila lampu minyak kereta berkelip anda masih ada baki perjalanan kira-kira 60KM lagi. Tetapi harus diingatkan bahawa apabila minyak pada paras yang minima, sebahagian besar fuel pump tidak berendam di dalam minyak, berbanding tangki yang berisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu fuel pump menjadi sedikit tinggi daripada biasa dan ini mendedahkan kereta anda kepada kerosakan fuel pump. Fungsi fuel Pump adalah untuk mengepam bahan api ke enjin. Apabila sistem dihidupkan (ignition on), ECU akan menghantar ke relay lalu menghidupkan Fuel Pump. Unit motor di dalam Fuel Pump akan mula berjalan dan mengepam bahan api ke dalam sistem. Apabila meter minyak berada di paras E dimana kebanyakkan orang berfikir bermaksud ( Empty ) tapi maksud sebenarnya ialah ( Enough ) dimana lampu minyak mula berkelip, kenderaan masih boleh mencapai perjalanan sejauh 60KM. Ji...

ekosistem keusahawanan MARA

Imej
MARA menfokuskan kepada kelestarian usahawan dalam perniagaan yang mereka ceburi.  Pertumbuhan perniagaan (memberi sokongan kepada perniagaan yang berpotensi untuk meluaskan pasaran dalam dan luar negara).  Pembangunan usahawan baharu, memberi fokus kepada modal insan yang dibangunkan melalui ekositem pendidikan dan latihan MARA. Syarat-syarat pendaftaran dan permohonan pembiayaan: No.KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL. No.KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT). No.KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN.BHD Sila rujuk kepada  Soalan Lazim (FAQ)  bagi soalan umum permohonan pembiayaan. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiM dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan. Muat turun   Se...

Pinjaman Pendidikan MARA untuk semua golongan umur

Imej
PENDIDIKAN MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang.   Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Cemerlang lepasan MARA. Pertimbangan pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pendapatan bulanan keluarga kurang atau sama dengan RM8,000.00 Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH) Pendapatan bulanan keluarga RM8,001.00-RM15,000.00 Yuran Pengajian sahaja Pendapatan bulanan keluarga lebih besar atau sama dengan RM15,000.01 Skim MARA-Bank / PTPTN Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar / bandar yang berpendapatan rendah (B40 & M40). Permohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / bumiputera dan warganegara Malaysia. Pengajian...

Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Ayam betina menghasilkan telur tanpa ayam jantan Ayam bertelur tanpa ayam jantan mungkin menjadi tanda tanya. Jadi mari kita rungkai apa sebenarnya yang berlaku.  Telur yang dihasilkan oleh ayam-ayam telur biasanya adalah telur yang tidak disenyawakan ini kerana ayam betina tidak memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telur yang kita makan.  Seperti kebanyakkan haiwan peringkat tinggi, ayam betina mempunyai ribuan ovum dalam ovarinya. Ayam dewasa yang sedia untuk bertelur (berusia lebih kurang 6 bulan) akan mempunyai beberapa ovum yang mula berke...

Pengeluran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 benar atau tidak

Imej
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata 'Jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Listeri 2.0 pada kadar separuh daripada jumlah yang dibenarkan sebelum ini bagi membantu rakyat terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, ia masih boleh mengawal kesan pelaburan dan pulangan KWSP'. Pakar Ekonomi Asia e Universiti, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19. Kelonggaran tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjam wang haram. Selain itu beliau turut berkata, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang kita tengah hadapi kesusahan dan keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP. Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, KWSP masih mampu untuk mengeluarkan simpannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat bagi memba...

Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Lelaki beranak Kisah ini pernah menghobohkan dunia apabila dikhabarkan bahawa seorang lelaki telah berjaya melahirkan seorang anak. Namun sebelum itu mari kita ikuti kisah disebalik lelaki beranak ini. Adakah ini adalah kejadian yang benar atau hanya rekaan semata-mata. Berita ini memang benar tetapi kisah di sebaliknya memang tiada yang pelik dan memang perkara yang normal. Ini kerana lelaki tersebut pada asalnya memang seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri yang sepenuhnya seorang wanita tetapi menjalani terapi testeron untuk mengubah rupa bentuk fi...

Biasiswa Petronas (PESP)2021

Imej
Peluang biasiswa tersedia untuk pelajar yang layak dan cemerlang dengan Program Tajaan Pendidikan Petronas (PESP) untuk pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka di Universiti Teknologi Petronas di Malaysia. Permohonan Program Penjaan Pendidikan Petronas (PESP) terbuka kepada cemerlang Rakyat Malaysia. Terutamanya, bagi mereka yang ingin meneruskan pengajian ijazah dalam bidang berkaitan minyak dan gas. Mereka akan memilih dan mewawancara semua calon yang layak sebelum pemilihan akhir. Program Penajaan Pendidikan Petronas(PESP) adalah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya dan sama-sama menjaga yuran pengajian, kebajikan, dan tempat tinggal pelajar. SYARAT AM Warganegara Malaysia dari 17 hingga 19 tahun Kemahiran kepimpinan yang kuat dan aktif (telah dibuktikan) penyertaan dalam aktiviti kurikulum 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS Lengkapkan Program Yayasan 1 tahun di UTP sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda. Program Kejuruteraan Kimia Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Kej...