Catatan

Nadi Sarawak Skim Perlindungan Takaful Mampu milik RM68.90

Imej
HANYA UNTUK ORANG SARAWAK. Nadi Sarawak memperkenal Skim Perlindungan Takaful Mampu Milik cuma RM 68.90 setahun untuk kemasukan 18 hingga 75 tahun (Tertakluk pada terma dan syarat). Nadi sarawak adalah inisiatif dari Mossuri Takaful Services untuk rakyat Sarawak agar semua golongan masyarakat mampu memiliki sijil takaful. Semua di bawah bernilai lebih RM100,000 dengan hanya RM68.90 setahun. Antara manfaat yang diperolehi: Pampasan kematian semula jadi Pampasan kematian kemalangan Perbelanjaan perubatan kemalangan Manfaat kerusi roda dan anggota kaki tangan palsu akibat kemalangan Penghantaran balik jenazah Fi Ambulans akibat kemalangan Elaun hospital (kemalangan) Kos pengembumian (kemalangan) Pampasan cacat kekal Manfaat ragut Mossuri Takaful Services telah melantik Saudara Ramzi Bin Mosidi, No Hp 0168087005 sebagai Jurucakap produk Nadi Sarawak sekaligus merupakan Pegawai Perhubungan Awam Mossuri Takaful Services dengan rasminya. Orang ...

Bantuan kanak-kanak (BKK) RM1000 sebulan tahun 2021

Imej
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dari RM450 kepada RM1000  sebulan untuk satu keluarga.. Selain itu ibubapa juga boleh membuat permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk kanak-kanak yang masih bersekolah. Tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak meneruskan kelansungan hidup dan supaya  anak-anak mendapat jagaan  sempurna.  Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak.  Pengagihan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah seperti berikut :  Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 (sebulan) seorang Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang. Syarat kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. Pendapatan ...

kasih sayang seorang ayah

Imej
Walaupun seorang bapa@ayah jarang meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap anak mereka namun, sebagai anak  dengan melihat tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka lakukan sudah cukup memadai menggambarkan apa yang terbuku dihati seorang ayah. Seorang ayah sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan anak mereka. Sebagai anak kita harus menghargai mereka kerana tempat mereka tiada galang gantinya. Banyak lagi bapa-bapa diluar sana yang berkorban demi anak mereka walaupun tidak dipernah diceritakan.  1. Sebastian Marroqumn anak kepada Pablo Escobar , Ketua kumpulan dadah Colombia telah mendedahkan bahawa demi menyelamat mereka dari kesejukkan  bapanya sanggup membakar wang kertas lebih AS $1.63 million@RM5.6 juta ketika mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan tatkala melarikan diri daripada pihak berkuasa.  Wang tersebut bukan sahaja dibakar untuk menyelamatkan diri dari kesejukkan malah mereka gunakan untuk memasak.  Ketika era kegemilangnya, Escobar...

Pokok buah ajaib @pokok seribu manis

Imej
Pasti anda tidak pernah mendengar tentang Buah Ajaib@Pokok Seribu Manis@Miraculuos Berry@Synsepalum Dulcificum. Walaupun pelbagai gelaran diberikan namun pokoknya tetap sama. Buah ajaib berasal dari Afrika Barat dimana buah ini sesuai tumbuh di iklim tropikal kerana pokok ajaib suka cahaya matahari dan tahan panas. Pokok buah ini jenis renek dan sangat sesuai ditanam di dalam pasu besar. Jangkamasa yang diperlukan untuk pokok buah ajaib berbuah ialah dalam tempoh 2-3 tahun. Satu pokok boleh menghasilkan lebih kurang 400-500 kuntum bunga. Buahnya sangat manis dan isinya berair. Pembajaannya ialah satu kali dalam tempoh dua minggu, dan pastikan siram setiap hari. Pokok buah ajaib berbuah dua kali dalam tempoh setahun iaitu selepas musim hujan. Bunga pertama tumbuh pada februari hingga march dan buah akan matang bulan April hingga Mei, bunga kedua tumbuh pada April hingga Mei dan matang bermula Jun dan Mei Bentuk buah ini lonjong seperti berry. Daunnya juga boleh dikunyah untuk mengubat s...

Perkahwinan yang tragis versi 1

Imej
Perkahwinan adalah menyatuan dua hati yang saling menyintai dan menyayangi antara satu sama lain jauh sekali untuk menyakiti pasangannya sememang sesuatu yang indah. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan /atau diiktirafkan oleh kepercayaan agama masing-masing. Seseorang yang sedia berkahwin adalah seseorang yang telah bersedia memegang tanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain. Tanggungjawab ini sangat besar sehingga kadangkala walaupun tidak banyak namun terjadi beberapa perkahwinan yang tragis sehingga nyawa jadi taruhan. Seringkali terlihat pasangan yang mempamerkan kemesraan dan kebahagian mereka terutama di media sosial namun disebalik tidak sesiapa pernah membayangkan apa yang mereka lalui dan telah terjadi. 1. Pada dasarnya perkahwinan Christopher Lee Watts@Watts  nampak bahagia tapi tapi tiada siapa menyangka pada awal pagi 13 Ogos 2018 Frederick Colorado,  Watts 33 tahun telah mengaku membunuh ister...

Hiasan DIY yang paling popular

Imej
Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk menyimpan kenangan dalam kehidupan. Kenangan yang mereka boleh tatapi dan tontoni baik untuk diingati, sebagai pengubat rindu  atau sebagai pemberian hadiah dengan cara untuk menunjukkan keikhlasan dan sebagainya. Yang mempunyai nilai sentimental dalam diri dan kehidupan seharian. Ada juga yang digunakan sebagai perhiasan rumah dan untuk koleksi peribadi. Kini terdapat pelbagai jenis ciptaan atau rekaan seni lukisan dan percetakan DIY yang telah diperkenalkan untuk kepuasan semua antaranya: 1. DIY Diamond Printing / Diamond Embroidery / Pencetakan belian. Lukisan  DIY diamond printing atau pencetakan belian tiruan 5D menggunakan resin sequins. Keistimewaan resin sequins ialah tahan luntur, unik dan mempersonakan.  Ia dikenali sebagai diamond printing atau percetakan belian disebabkan ia bersinar apabila terkena pantulan cahaya seperti belian .    M erupakan   hiasan   DIY   yang   pa...

Merungkai misteri setiap persoalan 4' Anjing berbulu hijau'

Imej
'Merungkai misteri setiap persoalan'  mempunyai pelbagai versi tentang kejadian  misteri yang berlaku disekeliling kita yang memerlukan penjelasan supaya dapat diterima oleh akal bukan dengan mempercayainya secara melulu. Jangan jadikan misteri tersebut mempermainkan hidup kita kerana kadangkala ianya hanyalah cerita rekaan semata-mata. 1. Anjing berbulu hijau Kejadian anjing berbulu hijau memang susah untuk dipercayai, namun inilah yang berlaku di Pulau Sardina, Italia dimana lahir seekor anak anjing yang berbulu hijau berbeza dengan empat saudara kembarnya yang lain. Anjing itu dinamakan Pistacchio yang merujuk pada nama kacang hijau, milik seorang peternak domba bernama Cristian Malloci. Ini bukanlah kejadian yang pertama dilaporkan kerana pada Januari juga seekor induk anjing di North Carolina melahirkan seekor anak anjing berwarna hijau bernama Hulk dan pada 2017 kejadian serupa terjadi di Skotlandia. Menurut penjelasan dokt...