Catatan

Dadah dalam perubatan dan kesan untuk kesihatan

Imej
Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisme semasa diambil. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori atau melarutkan di bawah lidah. Pengguan dadah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan ketagihan, kemorosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak sehingga boleh merosakkan masa depan dan mengundang jenayah. Dadah adalah bahan kimia yang diperolehi melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi baru-baru ini juga melalui sintesis organik. Biasanya dadah digunakan untuk tujuan perubatan untuk jangka masa yang terhad, atau secara berkala untuk gangguan kronik.  Dalam farmakologi, Dadah farmasi, juga disebut ubat adalah bahan yang digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah, atau mendiagnosis penyakit atau mempromosi kesejahte...

Bantuan Tambahan dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)2021

Imej
Bantuan Tambahan dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)  telah memberi manfaat kepada ramai penerima khususnya orang ramai yang terjejas pendapatannya disebabkan oleh Covid 19. Bantuan ini dapat mengurangkan beban kewangan setiap keluarga dan individu. Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, Kerajaan telah mengumumkan, pemberian Bantuan Khas COVD-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut: Miskin Tegar Isi Rumah Ogos -RM500 November - RM300 Disember - RM300 Miskin Tegar Bujang Ogos - RM200 November - RM300 B40 Isi Rumah Ogos - RM500 Disember - RM300 B40 Bujang Ogos - RM200 M40 isi Rumah Ogos - RM250 M40 Bujang RM100 Cara membuat semakan: 👉 https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login . 👉Klik  bahagian 'Log Masuk' 👉Isikan no Kad Pengenalan dan klik butang 'Semak' 👉Masukan kata laluan dan klik butang 'Log Masuk' 👉Klik bahagian semakan status 👉Keputusan stat...

Merungkai misteri setiap persoalan 8

Imej
'Merungkai misteri setiap persoalan 8' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.  Segi Tiga Bermuda @ Segi Tiga Syaitan@Bermuda Triagle Merupakan kawasan yang terletak di bahagian barat laut Lautan Anlantik utara, di mana sejumlah pesawat dan kapal dikatakan hilang secara misteri. Kawasan perairan paling sibuk di dunia, di mana kapal-kapal kebanyakkan melalui kawasan itu untuk ke pelabuhan yang terletak di Amerika, Eropah serta Kepulauan Caribbean. Kapal-kapal mewah serta pesawat selalunya melalui kawasan ini.  Terdapat beberapa kejadian yang dilaporkan, dimana kehilangan pesawat dan kapal telah berlaku di sini. Sesetengah kehilangan tersebut dikaitk...

Anjing yang berbakti

Imej
'Anjing adalah sahabat baik manusia' itu adalah kata-kata yang selalu didengar oleh kita. Namun benarkah ungkapan tersebut?. Padahal asal-usul anjing adalah serigala, sejenis binatang yang ganas dan suka menyendiri.  Sebenarnya selama proses domestik, anjing mengembangkan  kognisi sosial mutakhir yang tidak dimiliki oleh serigala.   Sebuah kajian yang di jalankan oleh Ilmuan Haiwan Monique Udell dari Oregan State University dan Bridgett vanHoldt, seorang ahli biologi evolusioner dari Universiti Princeton menemukana bahawa ini disebabkan oleh faktor genetik. Dimana beliau menemukan kemiripan antara kromosom anjing dengan kromoson manusia yang memiliki sindrom williams-Beuren. Sindrom Williams-Beuren adalah kelainan perkembangan yang mempengaruhi fitur wajah manusia dan menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk kelainan jantung, kelainan pada otak, dan sistem saraf. Gejala psikologi sindrom ini adalah sikap hipersosial...

Ubun-ubun menentukan tahap kesihatan bayi

Imej
Ubun-ubun atau fontanelle adalah celah lembut antara tengkorak bayi. Ia terbentuk apabila tulang kepala bayi masih lembut dan dalam proses untuk bercantum.Tengkorak yang lembut dan tidak bercantum sepenuhnya dapat membantu memberi ruang agar kepala bayi lebih fleksibel agar dapat melalui salur kelahiran dengan mudah.  Selain itu ubun-ubun juga memberi ruang kepada otak bayi untuk berkembang dengan pesat, terutama dalam 2 tahun pertamanya. Seiring waktu ubun-ubun akan menutup dengan sendirinya, sehingga tulang tengkorak terbentuk sepenuhnya. Ibu bapa yang pertama kali mendukung bayi mungkin akan berasa takut untuk memegang bayi, apatah lagi merasa ubun-ubun bayi namun tidak perlu risau kerana bayi tidak akan berasa sakit apabila anda menyentuh ubun-ubunnya selagi anda sentuh dengan lembut dan berhati-hati. Sentuhan boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu bapa dan bayi. Pada dasarnya kebanyakkan orang berfikir bahawa kepala bayi c...

Cara memilih menyimpan dan memasak sayuran supaya dapat mengekalkan nutrien

Imej
Sayur-sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan. Pengambilan sayur-sayuran dalam diet seharian dapat melawan penuaan malah menurut kajian yang diterbitkan di Journal of the American Heart Association, para pengkaji mendapati bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran boleh menghalang pembentukan plak di dalam arteri seseorang dan ini boleh mengelakkan risiko yang lebih rendah untuk penghidap penyakit jantung. Malah terdapat banyak lagi khasiat sayur-sayuran dalam diet seharian yang patut kita pertimbangkan.    Walaupun pengambilan sayur-sayur adalah sangat penting dalam diet seharian tetapi cara pemilihan, penyimpanan dan proses memasak sayuran juga boleh menentukan tahap keberkesanan sayur-sayuran tersebut untuk kesihatan seharian.  Dalam pemilihan sayur-sayuran terdapat beberapa tips yang harus ditekan. Belilah sayur-sayuran yang sekadar cukup dimakan dalam tempoh beberapa hari bagi mengelakkan sayur-sayuran disimpan terlalu lama. Sayur-s...

Cara cari jodoh yang unik di seluruh dunia

Imej
Tidak dinafikan mencari jodoh yang sesuai adalah menjadi salah satu masalah bagi sesetengah orang. Apatah lagi mencari jodoh yang sesuai dengan keinginan dan citarasa. Namun terdapat beberapa tradisi yang unik diseluruh dunia dalam mencari jodoh, dan amalan tradisi ini masih berterusan walaupun dizaman yang serba moden dan canggih.  1.Bomena@Pemburu gadis@Love hunting Bomena merupakan tradisi cari jodoh yang diamalkan di Butan bagian timur di Wilayah pendesaan sejak berabad-abad silam sehingga sekarang dan tidak ditelan zaman.  Apa yang menarik dan unik tentang tradisi Bomena ini ialah dimana, para lelaki yang berumur 17 tahun dan keatas dibenarkan untuk berkeliaran di malam hari untuk mencari jodoh dengan memburu gadis dimalam hari.  Para lelaki akan menyelinap masuk ke kamar para gadis yang mereka inginkan secara diam-diam untuk meyakinkan sang gadis meniduri sekaligus melakukan hubungan asmara, tetapi jika sang gadis  menolak untuk melakukan hubungan asmara maka s...