Dadah dalam perubatan dan kesan untuk kesihatan

Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisme semasa diambil. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori atau melarutkan di bawah lidah. Pengguan dadah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan ketagihan, kemorosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak sehingga boleh merosakkan masa depan dan mengundang jenayah.

Dadah adalah bahan kimia yang diperolehi melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi baru-baru ini juga melalui sintesis organik. Biasanya dadah digunakan untuk tujuan perubatan untuk jangka masa yang terhad, atau secara berkala untuk gangguan kronik. 

Dalam farmakologi, Dadah farmasi, juga disebut ubat adalah bahan yang digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah, atau mendiagnosis penyakit atau mempromosi kesejahteraan. Ubat farmaseutikal biasanya dikategorikan dalam kelas dadah. Sistem pengelasan Antanomi Bahan Kimia Terapeutik (ATC), sistem klasifikasi ubat yang paling banyak digunakan, memberikan ubat kod ATC unik, yang merupakan kod alfanumerik yang memberikan kepada kelas ubat tertentu dalam sistem ATC. Sistem klasifikasi utama yang lain adalah sistem klasifikasi Biopharmaceutics. Sistem ini mengumpulkan dadah mengikut larutan dan kebolehan atau sifat penyerapannya. 

Dadah psikoaktif adalah bahan kimia yang mempengaruhi fungsi sistem saraf pusat, mengubah persepsi, mood atau kesedaran. Dadah ini dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza seperti peransang, depresan, antidepresan, agen antiresah, antipsikotik dan halusinogen. Dadah psikoaktif ini terbukti berguna dalam merawat pelbagai keadaan perubatan termasuk gangguan mental di seluruh dunia. Penyalahgunaan beberapa dadah psikoaktif boleh menyebabkan ketagihan psikologi atau fizikal.

Jenis-jenis dadah dalam perubatan

1.

Kodein
adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kodien di pasaran adalah dihasilkan daripada morfin. dalam bidang perubatan, kodien digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

2.

Opiat Sintetik
meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadone digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

3.

Steroid
sejenis ubat yang merupakan horman testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. 

Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal.

Penyalahgunaan stereoid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

4.

Halusinogen
adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia digunakan oleh kebanyakkan penagih di negara-negara barat.

5.

Daun Ketum
atau nama saintifiknya species mytragynine telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952. Kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di Utara dan Tengah Semenanjung Malaysia serta di Selatan Thailand.

Daun ketum dijadikan bahan perubatan tradisional sebagai minimum pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Terdapat di sesetengah tempat dimana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya. Ia berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psichotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytigarkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

6.

Ubat-ubatan
selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahgunakan adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit(pain killer) dan sebagainya.

Ubat Depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin 5, rohypnol dan valium.

Erimin 5 kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahgunakan club drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Malah pil erimin 5 sangat mudah didapati di dalam kelab malam. Penagih heroin juga menganggap erimin 5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. Rohypnol sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahgunakan di kelab malam bukan sahaja sebagai club drug, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

7.
Kafien
yang terdapat dalam kopi dan minuman lain, adalah dadah psikoaktif paling banyak digunakan di dunia. Pengambilan kafien yang tinggi secara berterusan boleh menyebabkan kerosakkan vitamin yang kita amalkan.


8.
Tablet aspirin
yang tidak bersalut, terdiri daripada kira-kira 90% asid asetilsalisilik, bersama dengan penapis minor dan peringkat lengai. Aspirin adalah ubat farmasi yang sering digunakan untuk mengubati kesakitan, pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut dan sebagainya. Aspirin merupakan ubat am yang boleh diperolehi tanpa preskripsi doktor. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 20 produk yang mengandungi aspirin berdaftar di Malaysia.

Sementara penggunaannya sebagai ubat cair darah perlu melalui preskripsi doktor.

Tanda-tanda pengambilan dos Aspirin berlebihan adalah hiperventilasi, berpeluh, bunyi bising di telinga (tinnitus), pekak, badan menggeletar, sawan dan pengsan untuk seketika.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangankan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Tanda-tanda penagihan dadah
  • Kemerosotan kualiti hidup dan prestasi
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri
  • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
  • Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
  • suka bergaul dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
  • Suka meminjam duit, mencuri dan menjual barangan peribadi.
  • Suka mengunjungi tempat yang terpencil, stor, bangunan terbiar dan menyendiri untuk mengambil dadah.
  • Namun kesimpulan tidak boleh dibuat hanya dengan tanda-tanda yang dinyatakan kerana ada baiknya kita menyiasat dahulu, sikap berterus terang penagih dan merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
Kesan-kesan pengambilan dadah
  • Risiko dos berlebihan
  • Kematian
  • Ketagihan yang membawa kepada pergantungan terhadap dadah.
  • Menyebabkan khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan dan tidak balas yang lambat.
  • Risiko untuk menghadapi kemalangan dalam melakukan kerja dan aktiviti seharian.
  • Risiko jangkitan penyakit seperti AIDS, hepatitis, kancing gigi, keracunan darah dan sebagainya
  • Bagi wanita mengandung pula akan mengakibatkan kekurangan darah, sakit jantung, kencing manis, demam paru-paru(pneumonia) atau hepatitis.
  • Keguguran, bayi songsang atau bayi pramatang atau pembedahan c-section
  • Kematian bayi dalam kandungan atau selepas dilahirkan.
Hukuman untuk kesalahan penyalahgunaan dadah di negara ini hanyalah hukuman mati mandatori. Namun akan berubah ikut keadaan dari masa ke semasa.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'