Anjing yang berbakti

'Anjing adalah sahabat baik manusia' itu adalah kata-kata yang selalu didengar oleh kita. Namun benarkah ungkapan tersebut?. Padahal asal-usul anjing adalah serigala, sejenis binatang yang ganas dan suka menyendiri. Sebenarnya selama proses domestik, anjing mengembangkan  kognisi sosial mutakhir yang tidak dimiliki oleh serigala. 

Sebuah kajian yang di jalankan oleh Ilmuan Haiwan Monique Udell dari Oregan State University dan Bridgett vanHoldt, seorang ahli biologi evolusioner dari Universiti Princeton menemukana bahawa ini disebabkan oleh faktor genetik. Dimana beliau menemukan kemiripan antara kromosom anjing dengan kromoson manusia yang memiliki sindrom williams-Beuren.

Sindrom Williams-Beuren adalah kelainan perkembangan yang mempengaruhi fitur wajah manusia dan menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk kelainan jantung, kelainan pada otak, dan sistem saraf. Gejala psikologi sindrom ini adalah sikap hipersosial yang ditandai dengan tidak adanya penghambat sosial. Orang yang memiliki kelainan ini akan bersikap ramah, meski terhadap orang asing, dan memiliki empati yang yang sangat tinggi.

Penyisipan genetik (transposons) pada WBSCR (Williams-Beuren Sindrom Crisis) yang mempengaruhi protien GIF21 ditemukan sangat berkait dengan hipersosialisme pada anjing. Jika penyisipan genetik lebih sedikit, anjing akan bertingkah seperti serigala dan suka menyendiri, dan sebaliknya. 

Jadi adalah tidak hairan jika anjing adalah sahabat baik manusia sehingga banyak anjing yang telah berbakti kepada manusia. Seperti banyak kisah-kisah benar yang terjadi dimana anjing beberapa kali menyelamat nyawa manusia supaya terhindar dari bahaya dan kematian. Jadi kita sebagai manusia yang waras hargailah anjing kerana mereka juga makhluk ciptaan Tuhan. Jangan menganiaya anjing hanya disebabkan anda tidak menyukainya.

1.
Seekor anjing di Utara Thailand bernama Ping Pong telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang dikuburkan hidup-hidup oleh ibunya sendiri yang masih remaja berumur 15 tahun. Remaja tersebut bertindak demikian untuk menyembunyikan kehamilan dari orang tuanya.
Ping Pong menyalak sambil menggali tanah di tempat bayi tersebut dikuburkan hidup-hidup di ladang di desa Ban Nong Kham. Kemudian pemilik anjing tersebut, Usa Nisaika mengatakan melihat kaki bayi muncul dari dalam tanah dan segera menyelamatkanya. Warga setempat terus membawa bayi tersebut ke rumah sakit di mana doktor membersihkannya dan menyatakan bahwa bayi itu dalam kondisi sihat.

Remaja tersebut kemudian didakwa dengan pasal penelantaran anak dan percobaan pembunuhan. Remaja itu kemudian mengatakan bahwa dia menyesali perbuatannya. Orang tua remaja tersebut telah memutuskan untuk membesarkan cucu mereka.

Menurut Usa Nisaika Ping Pong pernah dilanggar kereta suatu ketika dulu sehingga menyebabkan kakinya lumpuh sebelah. Dia memeliharanya kerana Ping Pong sangat setia, patuh, dan selalu membantunya ketika pergi ke ladang untuk menggembala sapinya. Malah Ping Pong disayangi oleh masyarakat desa.

2.
Di Oman, seekor anjing terbiar telah menyelamatkan seorang bayi dari tempat pelupusan sampah. Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang lelaki dan mengedarkannya untuk tatapan umum sehingga menjadi viral.

Rakaman foto tersebut menunjukkan seekor anjing yang sedang panik di sekitar tumpukan sampah menemukan benda yang membuat banyak orang terkejut. Anjing tersebut menemukan seorang bayi yang masih bertali pusat dan berdarah.

Anjing itu kemudian membawa bayi malang itu dengan mulutnya. Apabila melihat seseorang berdiri di depannya anjing itu terus meletakkan bayi tersebut ke tanah. Tindakkan anjing itu seolah memberi isyarat bahwa bayi tersebut memerlukan bantuan.

Lelaki itu terus membawa bayi tersebut ke rumah sakit dan meminta doktor untuk memeriksa secara terperinci kerana risau jika bayi tersebut mengalami luka akibat gigitan anjing. Doktor kemudian mengesahkan bahawa bayi tersebut tidak mengalami sebarang luka atau kecederaan, membuatnya berasa lega.

Hampir setahun setelah kejadian itu, kembali viral tentang rakaman foto bayi tersebut yang tumbuh besar, lucu dan juga menggemaskan.

3.
Seekor anjing terbiar yang baru melahirkan beberapa ekor anak anjing yang berasal dari Beunos Aires, Argentina telah menyelamatkan seorang bayi yang dibuang oleh ibunya pada musim sejuk.

Anjing yang sedang mencari makanan di sekitar kawasan tersebut melihat bayi yang jelas dibuang oleh orangtuanya di cuaca yang dingin membawa ke tempat tinggalnya  untuk memberi kehangatan.

Pada keesokan paginya,seorang penduduk bernama Alenjandria Griffin mendengar bunyi tangisan bayi baru lahir dan keluar untuk menyiasat. Alejandria terkejut melihat seekor anjing terbiar sedang menjaga bayi tersebut seperti anaknya sendiri dan terus menelefon pihak polis.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke Hospital untuk menerima rawatan. Para doktor percaya seandainya bukan disebabkan oleh tidakkan murni anjing tersebut bayi itu mungkin mati kesejukkan atau perkara buruk yang lain terjadi kepada bayi tersebut. Bayi tersebut akhirnya dinamakan Santino.

Polis berjaya mengesan orang tua bayi tersebut dan memberitahu bahawa ibu bayi tersebut yang berumur 33 tahun, telah memiliki lapan orang anak. Ibu bayi tersebut ditangkap dan didakwa kerana didapati bersalah membuang bayi.

Sementara anjing tersebut di bawa ke tempat haiwan perlindungan, untuk dijaga dan dirawat sehingga menemukan orang yang sudi mengambil dan menjaganya 'forever home'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'