Catatan

Punca Ketegangan Israel-Palestine

Imej
Israel-Palestin   Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa hari terakhir Ramadan akibat konflik yang meningkat di Baitulmaqdis Timur antara penunjuk perasaan Palestine dan pasukan polis Israel. Secara umumnya ketegangan antara Israel dan Palestin telah bermula sejak sekian lama dan seolah-olah tiada penghujungnya.  Terdapat beberapa fakta -fakta sejarah yang harus kita kaji dan membuka minda untuk lebih terbuka dalam membuat sebarang penilaian. BAITULMAQDIS TIMUR kota rebutan Baitulmaqdis@Baitulmuqaddis@Aelia Capitolina@Yerusalem ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Memainkan peranan penting bagi Agama Kristian, Agama Yahudi dan Agama Islam. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Agama Yahudi dan merupakan tempat ketiga paling suci dalam agama Islam. Merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah ketika Muhammad masih hidup. Sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya dikelilingi dengan tembok yang dibina ...

Peluang mendapatkan anak melalui rawatan IVF

Imej
Persenyawaan Tabung Uji @ In Vitro Fertilizer (IVF)   merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim. Telur yang telah disenyawakan kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan maklamat kehamilan. IVF merupakan rawatan teknologi yang digunakan untuk merawat kemandulan apabila kaedah semulajadi tidak berkesan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Ada juga pasangan yang melakukan rawatan IVF untuk mendapat anak kembar atau juga supaya mereka dapat memilih jantina bayi yang ingin dilahirkan. Walaupun bagaimanapun tidak semua rawatan IVF akan berjaya kerana ianya bergantung kepada beberapa sebab antaranya ialah tahap kesihatan, usia dan guna pemilihan tempat untuk mendapatkan rawatan. Bayi tabung uji pertama, Louise Brown telah dilahirkan pada tahun 1978. rawatan IVF Rawatan IVF telah membantu banyak pasangan diseluruh dunia yang mengalami masalah untuk mendapatkan anak. Walaupun kosnya mahal tapi terdapat pasangan yang sanggup mengeluarkan wang men...

Permohonan Mykad kanak- kanak 12 tahun secara dalam talian

Imej
KadPengenalan Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berumur 12 tahun boleh dilakukan secara dalam talian .  Mengikut Peraturan 3. Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan berdaftar Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Syarat Permohonan Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur Ibu atau Bapa; atau Penjaga (Penjaga adalah datuk / nenek / ibu saudara / bapa saudara / kakak / abang yang berusia melebihi 21 tahun) Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap. (Tidak perlu jika sudah mengisi borang permohonan secara dalam talian). Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukan surat akuan berkanun dan surat peng...

Vaksin Covid-19 percuma untuk penduduk Sarawak

Imej
Vaksin Percuma untuk penduduk Sarawak Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma bagi penduduk Sarawak boleh dibuat menerusi applikasi My Sejahtera di telepon bimbit masing-masing. Sarawak melaksanakan sistem vaksinasi mengikut acuan sendiri bagi mengelak rakyat Sarawak terutamanya di pendalaman terlepas daripada menerima suntikan vaksin. Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi hospital, klinik dan pejabat daerah terdekat berhubung pendaftaran vaksin COVID-19. Bagi penduduk luar bandar yang inginkan penjelasan lanjut, mereka boleh berjumpa dengan ketua masyarakat di tempat masing-masing. Program vaksinasi sangat penting dalam usaha melindungi diri serta menghentikan atau mengendalikan penyebaran jangkitan. Ini secara lansung dapat melindungi keluarga dan masyarakat terutama golongan berisiko yang tidak layak menerima suntikan vaksin. Seterusnya membolehkan kita memulakan aktiviti ekonomi untuk menja...

Kenyalang Gold Card Khas untuk warga emas Sarawak

Imej
Sample Kenyalang Gold Card Kenyalang Gold Card (KGC)  merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan, Pihak swasta dan Pusat Komersial yang menjadi rakan strategik KGC. Memaklumkam kepada semua bahawa Kerajaan Sarawak adalah sebuah Kerajaan yang penyayang dan prihatin disamping mewujudkan masyarakat penyayang dan menyumbangkan balik kepada masyarakat. Inisiatif ditawarkan untuk warga emas yang berumur 60 tahun   dan keatas  (takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna ) .  Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan "Kenyalang Gold Gold" setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permoho...

11 Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Program Jaringan Prihatin

Imej
BELANJAWAN 2021 MEMPERKENALKAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN Melalui program Jaringan Prihatin, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telepon atau kredit telco. Selain itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan skim ini ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah. Pendaftaran mesti dibuat dalam tempoh 5 Mei 2021- 31 Julai 2021 untuk menerima tawaran ini. Tujuan Memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet  Meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya keluarga dengan anak bersekolah yang memerlukan peranti dan sambungan internet untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Merapatkan jurang digital Menyokong agenda pendigitalan negara Semak kelayakan dan ikuti langkah berikut Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) tekan link https://bpr.hasil.gov.my/ Syarikat Telekomusikasi yang terlibat Pelbagai syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia beke...

Program Jaringan Prihatin rebate sebanyak RM300 dari Kerajaan Malaysia

Imej
Jaringan Prihatin Digi - Jom tebus rebate sebanyak Rm300 jika anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat. Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia di mana Digi adalah penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi yang mengambil bahagian. Pendaftaran mesti dibuat dalam tempoh 5 Mei 2021 - 31 Julai 2021 untuk menerima tawaran ini.  Syarat Kelayakkan Mesti memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh Digi. Digi’s general terms and conditions Pemohon adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh permohonan pastikan pelanggan memberikan segala maklumat yang benar. Nama  Nombor KadPengenalan Nombor Telepon yang didaftarkan Kempen yang dipilih Permohonan akan dibatal secara automatik  jika tidak memenuhi kriteria yang  telah ditetapkan. Penyertaan akan dibatalkan apabila tamat tempoh setahun seperti yang telah ditetapkan  Permohonan ti...