Catatan

Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Lelaki beranak Kisah ini pernah menghobohkan dunia apabila dikhabarkan bahawa seorang lelaki telah berjaya melahirkan seorang anak. Namun sebelum itu mari kita ikuti kisah disebalik lelaki beranak ini. Adakah ini adalah kejadian yang benar atau hanya rekaan semata-mata. Berita ini memang benar tetapi kisah di sebaliknya memang tiada yang pelik dan memang perkara yang normal. Ini kerana lelaki tersebut pada asalnya memang seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri yang sepenuhnya seorang wanita tetapi menjalani terapi testeron untuk mengubah rupa bentuk fi...

Biasiswa Petronas (PESP)2021

Imej
Peluang biasiswa tersedia untuk pelajar yang layak dan cemerlang dengan Program Tajaan Pendidikan Petronas (PESP) untuk pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka di Universiti Teknologi Petronas di Malaysia. Permohonan Program Penjaan Pendidikan Petronas (PESP) terbuka kepada cemerlang Rakyat Malaysia. Terutamanya, bagi mereka yang ingin meneruskan pengajian ijazah dalam bidang berkaitan minyak dan gas. Mereka akan memilih dan mewawancara semua calon yang layak sebelum pemilihan akhir. Program Penajaan Pendidikan Petronas(PESP) adalah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya dan sama-sama menjaga yuran pengajian, kebajikan, dan tempat tinggal pelajar. SYARAT AM Warganegara Malaysia dari 17 hingga 19 tahun Kemahiran kepimpinan yang kuat dan aktif (telah dibuktikan) penyertaan dalam aktiviti kurikulum 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS Lengkapkan Program Yayasan 1 tahun di UTP sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda. Program Kejuruteraan Kimia Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Kej...

7 Applikasi yang terkenal, sejarah dan kegunaannya

Imej
Memperkenalkan beberapa applikasi yang terkenal, sejarah dan kegunaannya. Applikasi ini bukan sahaja untuk hiburan semata-mata namun juga mempunyai banyak kelebihan yang bukan sahaja menghiburkan orang ramai malah juga memberi informasi yang berguna.  Semua applikasi yang terkenal ini adalah percuma dengan kata lain semua orang boleh menggunanya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran bila-bila masa dan dimana sahaja. Namun, semua applikasi ini juga memerlukan jaringan Internet mudah alih untuk melayarinya. Terdapat juga beberapa filtur dan aplikasi tambahan yang perlu dibayar untuk penggunaannya namun itu terpulang dengan individu tersebut. 1. FACEBOOK Facebook diasaskan oleh 5 orang sekawan iaitu Mark Zukerberg, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hunghes. Namun Mark Zukerberg lebih terkenal kerana jawatan yang di pegangnya sebagai CEO Facebook.  Nama sebenar Mark Zukerberg ialah Mark Elliot Zukerberg dilahirkan di daerah  Westchester Co...

Nadi Sarawak Skim Perlindungan Takaful Mampu milik RM68.90

Imej
HANYA UNTUK ORANG SARAWAK. Nadi Sarawak memperkenal Skim Perlindungan Takaful Mampu Milik cuma RM 68.90 setahun untuk kemasukan 18 hingga 75 tahun (Tertakluk pada terma dan syarat). Nadi sarawak adalah inisiatif dari Mossuri Takaful Services untuk rakyat Sarawak agar semua golongan masyarakat mampu memiliki sijil takaful. Semua di bawah bernilai lebih RM100,000 dengan hanya RM68.90 setahun. Antara manfaat yang diperolehi: Pampasan kematian semula jadi Pampasan kematian kemalangan Perbelanjaan perubatan kemalangan Manfaat kerusi roda dan anggota kaki tangan palsu akibat kemalangan Penghantaran balik jenazah Fi Ambulans akibat kemalangan Elaun hospital (kemalangan) Kos pengembumian (kemalangan) Pampasan cacat kekal Manfaat ragut Mossuri Takaful Services telah melantik Saudara Ramzi Bin Mosidi, No Hp 0168087005 sebagai Jurucakap produk Nadi Sarawak sekaligus merupakan Pegawai Perhubungan Awam Mossuri Takaful Services dengan rasminya. Orang ...

Bantuan kanak-kanak (BKK) RM1000 sebulan tahun 2021

Imej
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dari RM450 kepada RM1000  sebulan untuk satu keluarga.. Selain itu ibubapa juga boleh membuat permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk kanak-kanak yang masih bersekolah. Tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak meneruskan kelansungan hidup dan supaya  anak-anak mendapat jagaan  sempurna.  Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak.  Pengagihan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah seperti berikut :  Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 (sebulan) seorang Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang. Syarat kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. Pendapatan ...

kasih sayang seorang ayah

Imej
Walaupun seorang bapa@ayah jarang meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap anak mereka namun, sebagai anak  dengan melihat tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka lakukan sudah cukup memadai menggambarkan apa yang terbuku dihati seorang ayah. Seorang ayah sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan anak mereka. Sebagai anak kita harus menghargai mereka kerana tempat mereka tiada galang gantinya. Banyak lagi bapa-bapa diluar sana yang berkorban demi anak mereka walaupun tidak dipernah diceritakan.  1. Sebastian Marroqumn anak kepada Pablo Escobar , Ketua kumpulan dadah Colombia telah mendedahkan bahawa demi menyelamat mereka dari kesejukkan  bapanya sanggup membakar wang kertas lebih AS $1.63 million@RM5.6 juta ketika mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan tatkala melarikan diri daripada pihak berkuasa.  Wang tersebut bukan sahaja dibakar untuk menyelamatkan diri dari kesejukkan malah mereka gunakan untuk memasak.  Ketika era kegemilangnya, Escobar...

Pokok buah ajaib @pokok seribu manis

Imej
Pasti anda tidak pernah mendengar tentang Buah Ajaib@Pokok Seribu Manis@Miraculuos Berry@Synsepalum Dulcificum. Walaupun pelbagai gelaran diberikan namun pokoknya tetap sama. Buah ajaib berasal dari Afrika Barat dimana buah ini sesuai tumbuh di iklim tropikal kerana pokok ajaib suka cahaya matahari dan tahan panas. Pokok buah ini jenis renek dan sangat sesuai ditanam di dalam pasu besar. Jangkamasa yang diperlukan untuk pokok buah ajaib berbuah ialah dalam tempoh 2-3 tahun. Satu pokok boleh menghasilkan lebih kurang 400-500 kuntum bunga. Buahnya sangat manis dan isinya berair. Pembajaannya ialah satu kali dalam tempoh dua minggu, dan pastikan siram setiap hari. Pokok buah ajaib berbuah dua kali dalam tempoh setahun iaitu selepas musim hujan. Bunga pertama tumbuh pada februari hingga march dan buah akan matang bulan April hingga Mei, bunga kedua tumbuh pada April hingga Mei dan matang bermula Jun dan Mei Bentuk buah ini lonjong seperti berry. Daunnya juga boleh dikunyah untuk mengubat s...