Merungkai misteri setiap persoalan 22 'Landak menembak duri'

Merungkai misteri setiap persoalan 22 'Landak menembak duri' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Landak menembak duri

Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai 'Porcupine' dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan latin yang bererti babi berduri.

Siapa saja yang belum berapa mengenali landak akan menganggap landak menembak duri dari tubuhnya bila terasa terancam. Lebih-lebih lagi apabila melihat bulu landak yang tajam berdiri tegak seperti sedia untuk menembak pemangsanya.

Sebenarnya landak tidak menembak duri kepada pemangsanya. Bulu landak yang tajam akan berdiri jika berasa diancam dan senang tercabut jika disentuh oleh pemangsanya. Malah bulunya yang tajam akan jatuh/ tertanggal ke tanah atau lekat di ranting dan daun disekitarnya ketika menyelamatkan diri sehingga bulunya yang tertanggal akan melukakan pemangsanya semasa mengejarnya. Landak juga mempunyai ekor yang boleh menggenggam dahan pokok, jika landak terjatuh maka bulunya yang tajam juga turut akan melukai landak itu sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki