Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'

Merungkai misteri setiap persoalan 22 'Lemon mencairkan lemak' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Kebanyakkan orang beranggapan bahawa jus lemon mampu mencairkan lemak sehingga dapat menurunkan berat badan. Malah  jus lemon disyorkan untuk membantu individu yang mengalami masalah berat badan. Terdapat juga produk yang berasaskan lemon yang terdapat dipasaran dan kebanyakkannya untuk tujuan menurunkan berat badan. Namun, sejauh manakan fakta ini terbukti benar.

Lemon merupakan sejenis buah-buahan yang senang didapati dengan rasa masam yang menyengat. Lemon mula terkenal sebagai buah yang dapat menurunkan berat badan pada tahun 2008 apabila satu kajian dari Jepun menghubungkan zat polifenol lemon dengan penurunan berat badan. 

Dalam kajian tersebut, para peneliti menggunakan tikus dan mendapati bahawa zat polifenol mampu menstimulasi hati untuk memproduksi enzim yang dapat mencegah penyerapan lemak makanan. Persoalan adalah jus lemon berasal dari perahan buah dan tidak termasuk kulit. Sementara, tikus dalam penelitian memakan kulit lemon yang mengandung polifenol terbanyak. Meski banyak pecinta air lemon yang mencelupkan kulit buah ke dalam air, hal itu tidak sebanding dengan konsumsi tikus dalam penelitian.

Pakar gizi dari University of California Dana Hunnes mengaku belum ada kajian yang menunjukkan keberhasilan itu pada manusia.

Menurut seorang ahli pakar nutrisi, Karen Ansel mengatakan bahawa memang tidak dinafikan lemon memang mengandungi nutrisi, seperti vitamin C namun tiada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa lemon bisa mencairkan lemak sekaligus menurunkan berat badan. 

Menurutnya lagi tanpa tambahan lemon pun sebenarnya dapat menurunkan berat badan dengan hanya minum 0.5 liter air putih @ kosong  sebelum makan. Salah satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obesity menemukan, orang dewasa dengan berat badan berlebihan yang minum banyak air kosong sebelum makan dapat menurunkan lebih dari 1 kilogram berat badan dalam 12 minggu.

Tambahan lemon ke dalam air membuat seseorang itu haus menyebabkannya sentiasa minum air dan menjadi lebih terhidrasi dan akhirnya mengurangi kelaparan yang disebabkan oleh haus.

Ahli gizi dari klinik Cleveland Elizabeth Dejulius menyebut, jus lemon bukanlah jus mukjizat yang bisa menurunkan berat badan. Meski begitu, ia mengaku jus
lemon dapat membantu seseorang menurunkan berat badan secara tidak langsung.

Walaupun lemon tidak menyumbang kepada penurunan berat badan, namun tidak dinafikan bahawa lemon mempunyai banyak khasiat lain untuk tubuh jika diamalkan dalam diet seharian seperti mengurangkan risiko batu karang, mencegah kanser, mengatasi tekanan darah tinggi, merawat penyakit kolera, mengatasi gangguan pernafasan, meningkatan sistem emunisasi, dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk membaca koleksi 'merungkai misteri setiap persoalan'.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki