Merungkai misteri setiap persoalan 21 'Burung berkepala anjing'

Merungkai misteri setiap persoalan 21 'Burung berkepala anjing' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Burung berkepala anjing

Seekor bangkai burung misteri yang bergigi tajam ditemui di Kota Meshginsharhr, Barat Laut daerah Ardebil, Iran pada 8 Mei 2011. Dipercayai bahawa burung tersebut baru sahaja mati berikutan sisa-sisa bulu burung tersebut masih kelihatan dengan jelas. Menurut maklumat daripada penduduk setempat, burung itu tinggal di dalam gua tidak jauh daripada kawasan penempatan penduduk. Burung itu memiliki tengkorak seperti anjing dengan gigi taring yang besar, tetapi bentuk badan burung itu seperti seekor burung yang tidak mampu terbang.

Sebuah pasukan kecil dari Environmental Protection Organization (EPO) dihantar ke lokasi penemuan bangkai burung bergigi bagi menyiasat dakwaan tersebut dan ternyata ianya hanyalah rekaan semata-mata. Dikatakan bahawa seseorang telah dengan sengaja menggabungkan badan bangkai burung dengan kepala seekor anjing bagi menipu orang ramai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki