Tudung Wanita termahal di dunia

Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Dengan kemampuan yang dimiliki dari segi faktor kewangan, pelbagai koleksi barang mewah menjadi pilihan wanita. Antara barangan mewah yang tidak dapat dibayangkan ialah dengan memiliki tudung yang memegang Malaysia Book of Records dengan harga yang paling mahal di Malaysia dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit malah boleh membeli kereta buatan Malaysia dengan nilai tersebut. 

Selain menggunakan Swarowski tulen, tudung berkenaan mahal kerana setiap batu permata itu disusun menggunakan tangan satu persatu dan bukannya dihasilkan oleh mesin, malah kualiti kain yang digunakan juga sangat dititik beratkan untuk menghasilkan tudung bawal yang bermutu tinggi dan mewah. Harga bawal eksklusif juga bergantung dengan reka corak yang digunakan.

Untuk peminat tudung bawal jangan risau kerana tudung bawal juga menghasilkan pelbagai pilihan dengan harga yang mampu milik sehingga sesiapa sahaja mampu untuk memilikinya. Pengasas Bawal Eksklusif Sdn Bhd ialah Haliza Maysuri.

1. Tudung Bawal Eksklusif RM100,000.00

Tudung termahal didunia, Pengasas Jenama tersebut ialah Haliza Maysuri, berkata tudung berkenaan adalah pemberian khas Swarovski kepada Bawal Exclusive kerana jenama itu menjadi antara pemborong terbesar di dunia. Tudung bawal diperbuat dari fabrik Voile bersaiz 1.14 meter X 1.14 yang direalisasikan sendiri oleh pasukan Rekaan Swarowski Austria ditaburi sebanyak 7,512 butir kristal mewah dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan oleh 12 pekerja.

2. Tudung Bawal  Eksklusif Rm75,000.00

Dibeli oleh seorang wanita berumur 30an dari Kelantan Sempena Hari Raya. Wanita ini menempah rekaan laut berlatarkan warna biru bersesuaian dengan kerjayanya sebagai pemilik restorant makanan laut. Tudung ini direka khas oleh Megan Carter yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang perhiasan Swarowski di Austria. Beliau mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk menyiapkannya.

3. Tudung Bawal Hitam jenama BE RM50,000.00

Dibeli oleh wanita berusia 35 tahun berasal dari Pahang, seorang ahli perniagaan perusahaan berasaskan minyak dan gas. Jenis fabrik Voile atau bawal yang diimport dari Jepun. Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham "padang pasir berbunga", sesuai dengan personaliti pemiliknya, yang menempahnya melalui Butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang. 10 warna kristal mewah digunakan

4. Tudung Bawal Eksklusif RM 33,000.00
Dibeli ahli perniagaan wanita dari kelantan, Hanuni Farda Habir 38tahun. Tudung diilhamkan daripada bunga Dandelion, direka oleh pasukan pereka Swarowski Wattens. Sebanyak 16,641 biji kristal pelbagai bentuk, saiz dan  kombinasi 6 hingga 10 warna digunakan untuk menghasilkan tudung bawal mengikut permintaan pelanggan. Dihasilkan di Cawangan Premium BE iaitu AS Galleria (AG), Lembah Sireh, Kota Bharu.

5. Tudung Bawal Eksklusif RM21,600.00

Dibeli oleh usahawan Kelatan, Nurul Asmat. Mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkannya. Dihasilkan di Cawangan Premium BE iaitu AS Galleria (AG), Lembah Sireh, Kota Bharu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'