Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

Imej
  Fly Geyser merupakan satu fenomena alam semulajadi dimana air panas dan wap keluar dari perut bumi. Kejadian alam ini terjadi apabila batuan panas kerana pengaruh magma panas yang terdapat dalam perut bumi berada di laluan air bawah tanah. Air yang melalui batuan panas ini akan mendidih dan memancut keluar melaui celah-celah yang terbuka di permukaan bumi. Keadaan ini turut menghasilkan wap panas seperti kepulan asap. Proses ini dikenali proses perolakan. Fly Geyser yang didapati di ladang Fly, Gerlach, Nevada, Amerika Syarikat merupakan Geyser yang cukup terkenal di Benua Amerika. Pemilik ladang tersebut bernama Todd Jacksick.  Terdapat tiga busut yang bentuknya yang menyerupai patung Buddha menyebabkan para pengunjung menggelarnya Three Buddhas. Selain itu, warnanya juga sangat unik iaitu merah, kuning, dan hijau. Menurut Professor Wan Fuad warna hijau adalah akibat kewujudan lumut dan warna merah dan kuning kerana kandungan mineral dalam air. Ketinggian busut Fly Geyser sekarang i